Siri Ceramah : ISRAQ MIKRAJ

Tarikh : 17 Julai 2009 (Jumaat)
Tempat : Rumah Dato’ Zainal Abidin, TTDI, Kuala Lumpur
Penceramah : Ustaz Faizal

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Umat Islam WAJIB mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.

Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.

Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra’:1)

Apabila berbicara mengenai Israq & Mikraj, ada 3 perkara yang perlu difahami iaitu:
i) Apa itu Israq & Mikraj
ii) Peristiwa berlaku Israq & Mikraj
iii) Analysis peristiwa

ISRAQ merupakan perjalanan Nabi S.A.W dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Al-Aqsa, BaitulMuqaddis. Umat Islam yang tidak mempercayai Peristiwa Israq termasuk di dalam golongan KAFIR.

manakala,

MIKRAJ merupakan perjalanan Nabi S.A.W dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Ada juga sebahagian Ulama mengatakan sekiranya tidak mempercayai kejadian MIKRAJ, hukumnya adalah Fasiq dan tidaklah Kafir kerana seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran surah al-Isra’:1 yang menceritakan peristiwa Israq sahaja.

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.

Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘Israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

JIBRIL dikatakan mempunyai 500 sayap dan satu sayapnya sudah cukup menutupi bumi

Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa a.s. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.

Kisah disebalik pertemuan:

1) golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman BERMAKSUD golongan yang tidak putus melakukan amal Jariah

2) segolongan sedang memecahkan kepala BERMAKSUD golongan yang malas bersolat

3) golongan yang makan buah Zakum, iaitu buah dari Neraka BERMAKSUD orang yang Tidak membayar zakat

4) lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk BERMAKSUD pasangan yang masih melakukan maksiat di luar rumah sedangkan mereka mengabaikan kebahagiaan di rumah.

5) golongan yang tak larat memikul barang tetapi masih ingin memikul BERMAKSUD golongan yang Gila jawatan.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Nabi di langit 1-7:
Langit 1 : Adam a.s.
Langit 2 : Yahya dan Isa a.s.
Langit 3 : Yusuf a.s.
Langit 4 : Idris a.s.
Langit 5 : Harun a.s.
Langit 6 : Musa a.s.
Langit 7 : Ibrahim a.s.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.

……………………..ikuti sambungannya.

Leave a comment